Sunday 11 August 2013

Apa bila berlaku kematian , terputus amalannya kecuali 3 perkara .....


Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ada mendengar ceramah agama yang menyatakan bahawa apabila matinya anak adam itu maka terputus amalannya kecuali 3 perkara.sedekah,doa anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat.soalan saya: 1. Adakah sedekah bacaan Al-Quran dan sedekah jariah yang dibuat untuk si mati tidak sampai kepada simati?. 2. Adakah hutang simati perlu dijelaskan sedangkan segala amalannya terputus. Sekian terima kasih.



Jawapan

"Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa istighfar, doa, sedekah, haji, pembebasan hamba adalah bermanfaat bagi si mati dan pahala kebaikan tersebut sampai kepadanya. Hukum membaca Al-Quran di atas kubur adalah sunat”.

Dalil bagi sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati adalah diqiyaskan dengan hukum sampainya pahala “haji ganti/haji badal” kepada si mati kerana haji terkandung di dalamnya solat dan solat dibaca di dalamnya surah Al-Fatihah dan surah-surah yang lain. Apa-apa yangg sampai ke semuanya, pasti akan sampai satu juzu’ daripadanya. Maka pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dgn izin Allah sekiranya si pembaca memohon supaya Allah memberikan pahala kepada si mati sepertimana diberikan pahala kepadanya (si pembaca).

Berdasarkan kepada apa yang diterangkan, sesungguhnya ulama’ telah bersepakat bahawa membaca Al-Quran utk si mati adalah harus manakala sebahagian ulama’ berpendapat bahawa menghadiahkan pahala kpd si mati adalah harus. Para ulama’ Syafi’iyah berpendapat bahawa pahala tersebut sampai kepada si mati dgn diiringi bacaan doa :

اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلان

Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini kepada si fulan” dan ianya bukanlah hanya semata2 dgn amalan tersebut sahaja.

Perselisihan yg berlaku adalah sedikit dan sepatutnya tidak berlaku pada masalah ini.

Segera menyelesaikan hutang si mati dari harta yang ditinggalkan. Perkara ini begitu penting untuk disegerakan kerana mana-mana orang beriman yang mati dengan meninggalkan hutang maka rohnya akan terhalang dari mendapat nikmat. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim:

نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Maksudnya: Roh orang beriman tergantung (terhalang dari mendapat nikmat) kerana hutangnya sehingga ditunaikan keatasnya.

Keterangan: Perlu disedari bahawa harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya terikat dengan urutan di bawah ini dari segi penggunaannya, bukan terus difaraidhkan sebagaimana yang difahami oleh masyarakat kita. Urutannya adalah seperti berikut ini:

1.Digunakan untuk membayar kos pengkebumian
2.Membayar hutang
3.Menunaikan wasiat (sekiranya si mati ada berwasiat)
4.Difaraidhkan kepada ahli waris.

Sumber dari sini 


No comments:

Post a Comment